Quantcast
Channel: Wafi Jamaluddin ©
Viewing all 30 articles
Browse latest View live

20 Lokasi Nasi Kandar Terbaik Di Pulau Pinang

$
0
0

20 Lokasi Nasi Kandar Terbaik Di Pulau Pinang. Facebook page BroMakan menyenaraikan 20 lokasi nasi kandar terbaik di Pulau Pinang. Mesti ramai yang nak tahu lokasinya kan? Nasi Kandar adalah satu jenis hidangan nasi kukus  yang turut disajikan dengan kepelbagaian kari dan lauk pauk seperti ayam, ikan, sotong dan lain-lain.

Sedikit sejarah nasi kandar untuk pengetahuan bersama. Saya percaya ramai yang masih tak tahu sejarah nasi kandar.

Perkataan Nasi Kandar timbul kerana pada zaman dahulu penjaja nasi menjinjing (mengandar) palang kayu yang menggantung dua bekas, satu nasi dan satu lagi lauk-pauk.

Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu aroma yang tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng.

Hidangan sayur pula biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran limpahan kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi tersebut.

Panggilan Nasi Kandar telah kekal sehingga hari ini, namun kerana ianya lebih popular di kalangan peranakkan India Muslim di Pulau Pinang, resepi asli Nasi Kandar telah diasimilasi dengan Nasi Kari India, sekaligus 'mencacatkan' rasa sebenar Nasi Kandar Melayu yang asli.

20 Lokasi Nasi Kandar Terbaik Di Pulau Pinang



1. Nasi Kandar Kampung Melayu


Terkenal sejak tahun 1970an dalam kalangan masyarakat setempat. Nasik kandaq syurrrrrrr ni beroperasi seawai 7 pagi sampailah tengahari di Blok A, Flat Kampung Melayu, Air Itam. Membuka lagi sebuah cawangan Nasi Kandar Kampung Melayu yang beroperasi pada sebelah malam pula, iatu di Astaka Desa Mawar, Air Itam. Setengah orang kata yang di sebelah malam lagi rancakkkk. Tapi yang pasti kuah ikan dengan kuah daging depa memang marvellous dan mempunyai keunikan tersendiri kalau nak dibandingkan dengan kedai nasik kandaq yang lain.

2. Nasi Kandar Deen Maju


Seakan menjadi fenomena sekarang di Pulau Pinang, nasik kandaq Deen Maju dari sehari ke sehari mengumpul peminatnya yang tersendiri. Terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama. Dibuka pada pukul 2.30 petang hinggalah ke malam. Kalau nasib tak baguih, pukul 8 malam pi pon tak dak apa dahhh. Lincinnn! Apa-apa pun mai awai. Hahahaha Keistimewaan nasik kandaq deen maju ni ialah lauk ayam goreng berempah dia. Kerangupan dan keenakan ayam goreng dia memang A class! Ada yang sanggop tunggu dan beratoq berejam-jam semata-mata hanya untuk mendapat sepinggan nasik. Yang tak pernah try lagi, wajib pi try!

3. Nasi Kandar NS



Antara nasi kandar 24 jam yang legend dalam Pulau Pinang. Ada orang panggil nasik kandaq Sauban. Terletak di Jalan Burma berhadapan dengan 7 Eleven. Ayam goreng dan gulai ikan dia memang syurrrrrrr. Identiti kedai NS nasik kandaq ni, kalau perati elok-elok pinggan depa ada cop NS, kedai nasik kandaq lain mana adaaaa! Hahahahaha.

4. Nasi Kandar Beratur


Beroperasi sejak tahun 1943, Nasi Kandar Beratur atau dikenali sebagai Nasi Kandar Liyaqatali ni memang tidak lazim lagi bagi masyarakat Pulau Pinang. Beroperasi pada pukul 10 malam dan ke atas. Kalau mai awai tu, ada jugak orang meniaga nasi kat tempat yang sama. Tapi tu bukan nasik kandaq beratoq la. Hahaha Terletak di Jalan Kapitan Keling dan kedai ini betoi-betoi sebelah Masjid Kapitan Keling. Lauk dia kat sini semua admin suka, terutama sambai nyioqqq dia. Satu ja admin tak suka pasai nasik kandaq ni, cari parking. Boleh bebai woooooo!

5. Nasi Kandar Deen Jelutong


Ramai orang confius nasik kandaq Deen Jelutong dengan nasik kandaq Deen Maju. Kedua-dua kedai ini adalah di lokasi yang berbeza, waktu operasi yang berbeza dan owner pun berbeza. Keistimewaan Nasi Kandar Deen Jelutong ini ialah keaslian gulai ikan dia memang perghhhh! Bubuh bendi 2, 3 bijik dah cukup untuk membangkitkan selera. Terletak di Jalan Jelutong dan mempunyai cawangan terbarunya di Relau, iatu Deen Baru Relau. Sana pun depa kata best jugak. Nanti admin nak pi try sana pulak.

6. Nasi Kandar Ali Amier 



Terletak di area Jelutong, berdekatan dengan Balai Polis Jelutong. Nasi kandaq ni sangat famous dalam kalangan masyarakat setempat. Kiranya orang luaq tak tau sangat lah. Tapi series memang sempoi. Kuah daging dia yang pekat dan kehitaman tu lah, yang buat bangkit selera admin. Waktu operasi kedai Ali Ameir ni dibuka seawal 6 pagi. Yang tak pernah try tu. Pi rasa tengok lagu mana. Hahaha

7. Nasi Kandar Pokok Ceri


Terletak di Jalan Air Itam, dan landmark berdekatan dengan kedai ni ialah Market Dato Keramat dan Masjid Datuk Keramat. Istimewanya kuah nasik kandaq dia memang "firm"! Pekena pulak dengan papadom! Perghhhhh. Pada setiap hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad akan ada menu istimewa Nasi Tomato. Nasik tomato dia pun sempoi.

8. Nasi Kandar Pokok Ketapang (Georgetown)

Terletak di Hutton Lane bersebelahan dengan Hotel Penaga. Kedai ini beroperasi pada setiap hari 24 jam. Apa yang special pasai kedai nasik kandaq ni, rasam dia yang memang asli dan sangat sedap. Bagi depa yang tak tahu, rasam adalah sejenis sup herba yang amat bagus untuk memanaskan badan serta memberi kesihatan dalaman badan. Selalunya kedai nasik kandaq yang otai ja ada disediakan rasam ni.

9. Nasi Kandar Merlin


Nasi kandar ini terletak di bawah Hotel Merlin di Jalan Union, Georgetown. Kedai ni dibuka pada waktu lunch sahaja dan hari weekend tutup. Terkenal dalam kalangan pekerja-pekerja pejabat dan bank di kawasan sekitar Union Street. Kira ni port makan depa laaaaaa. Keistimewaan masakan di kedai ini adalah menu ayam masak hitam bawang diaaaaa, gulai ikan dengan sambai nyioq. Memang sapa yang makan tu, mesti cayaq punyaaaaaaa.

10. Nasi Kandar Kayu

Antara nasi kandar yang mempunyai cawangan terbanyak dalam Malaysia. Terdapat sebuah cawangan di Jalan Nipah, berdekatan dengan Hotel Vistana, Bukit Jambul. Beroperasi 24jam setiap hari dan terdapat pelbagai lagi jenis menu di kedai nasik kandaq ni. Antaranya ialah mee goreng, roti canai dan macam-macam lagi! Menu lauk nasik kandaq yang pelbagai jenis membuatkan pelanggannya rambang mata nak pilih hattt mana satu! Paling admin suka, ayam masak madu depa. Series memang sedap!

11. Nasi Kandar Imigresen

Terletak di Lorong Pasar di tengah-tengah kawasan Georgetown. Gerai ni beroperasi di tepi jalan sahaja, meja lipat dan kerusi pon kat tepi jalan ja, dan meniaga pun atas kereta roda tiga, tapi keenakan dan rasa nasik kandaq ni memang tak boleh disangkalkan lagi. Sekali pekena mesti tersandaq punya! Lagi satu nasik kandaq Imigresen ni pun murah tau. Puaih hati la kalau mai makan kat sini. Waktu operasinya dari 10 pagi hingga 9 malam dan hari Jumaat ampa toksah dok pi cari, sebab kedai ni katup. Hehehe

12. Nasi Kandar Sulaiman

Lokasi kedai Nasi Kandar Sulaiman ini terletak di Jalan Utama, Air Itam. Beroperasi seawal pukul 5 pagi hingga 12 tengahari. Kedai ni jugak dikenali sebagai Famous Dhoby Ghout Nasi Kandar. Kedai legend ni sangat famous dengan kari ikan dia, dan hampa wajib pi try gulai sotong diaaaaaaa! Memang syurrrrrrrrrr. Sampai tak sedaq boleh tambah dua kali wooooo. Dasyat tak penangan dia. Hahaha

13. Nasi Kandar Line Clear

Antara nasi kandar paling famous dalam kalangan tourist dan orang luaq Pulau Pinang. Beratoq sampai ke jalan nuh. Nasi Kandar Line Clear beroperasi sejak tahun 1949. Menu special depa, Kari Kepala Ikan dengan sambai nyioq. Syurrrrrr. Terletak di Jalan Penang dan waktu operasinya 24 jam. Membuka cawangan keduanya di Kampung Baru Kuala Lumpur. So, pada sesiapa yang tak dan makan kat Penang, hangpa boleh pi try yang KL punya cawangan.

14. Nasi Kandar Shariff

Dahulunya, nasik kandaq legend ni meniaga pakai kereta roda tiga ja dekat area Pejabat Pos Gelugoq. Sekarang, kedai nasik kandaq ni beroperasi di dalam Kompleks Pasar dan Makanan Jalan Permai. Lebih selesa dan parking pun senang cuma kena beratoq sat laaaa. Keistimewaan nasik kandaq ni terletak pada campuran kuah yang memang sempoi. Ayam goreng dia pun sedap! Kedai ni beroperasi pada pukul 5 petang hingga 10 malam dan tutup pada setiap hari Sabtu.

15. Nasi Kandar Rafee

Sejak tahun 1959 beroperasi, kedai nasik kandaq ni boleh dikatakan antara nasik kandaq terbaik di Pulau Pinang. Lokasi nasik kandaq ini terletak di Bandar Pulau Tikus, Georgetown berhadapan dengan Balai Polis Pulau Tikus. Menu istimewanya ialah kari ayam dan ayam goreng berempah. Sapa sapa pernah makan, mesti tau sedap dia tera mana. Gerai yang beroperasi 24 jam ini jugak menyediakan hidangan roti canai, murtabak dan bermacam-macam lagi.

16. Nasi Kandar Tajuddin Hussain

Nasi kandar legend ni sudah beroperasi sejak tahun 1977 dan masih relevan dan setanding dengan nasik kandaq yang tumbuh bak cendawan kat bumi Pulau Pinang ni. Terletak di Georgetown Little Indian iatu di Queen Street. Lebih kurang 2 minit waktu berjalan dari Masjid Kapitan Keling. Kalau mai sini tak pekena Kurma Kambing dia memang tak sah! Memang terangkat habeh kuah kurma dia. Disamping itu, ayam masak ros jugak antara menu tarikan utama kedai nasi kandar ni. Lauk lauk yang admin habaq tadi boleh dimakan dengan nasi beriyani jugak. Memang old time favorite!

17. Nasi Kandar Kassim Mustafa

Kassim Mustafa juga mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia dan di Pulau Pinang terdapat di Chulia Street, Georgetown dan Seberang Jaya. Menu istimewanya ialah Nasi Dalca. Nasi dalca dengan kuah dalca ubi mengala dan ayam masak ros memang gandingan yang betoi-betoi boleh menaikkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya. Rugi sapa tak pernah pekana oi.

18. Nasi Kandar Ali IPD

Kedai yang berniaga di tepi jalan menggunakan kereta roda tiga ini terletak di Jalan Dato Keramat. Kedai ini terletak betoi-betoi sebelah dengan Balai Polis IPD Jalan Dato Keramat. Gerai ini dibuka pada pukul 6 petang hingga lewat malam. Istimewanya menu kat kedai nasik kandaq ini ialah ayam goreng berempah yang digoreng panas-panas. Kalau boleh ampa reqeust kerak-kerak ayam tu makan sekali dengan nasik. Memang syurrrrrr.

19. Nasi Kandar Misai Chowrasta


Ada yang panggil nasik kandaq misai, ada yang panggil nasik kandaq chowrasta. Kedai nasik kandaq ni femes dengan orang-orang lama saja. Orang muda mana tau, hampa ralit dok pi deen maju jaaaa. Hahaha melawak! Kedai ni terletak di Tamil Street bersebelahan dengan pasar Chowrasta. Gulai ikan dia memang terbaik! Teringat kenangan dulu-dulu admin masa kecik, abah bawak mai bukak posa kat sini. Kalau dengaq siren Balai Polis Penang Road bunyi, barulah boleh makan. Hahahaha

20. Nasi Kandar Hameediyah

Nindiaaa last sekali. Faveret admin! Nasik kandaq ni terletak di Champbell Street, Georgetown. Kedai legend ini terdapat dua lot yang berasingan iatu lot kedai original atau lot lama dan lot kedai baru yang berhawa dingin. Kedai ini beroperasi sejak 1907 yang lalu dan menjadikan gerai nasik kandaq yang paling lama bertahan dan beroperasi. Menu nasi kandar di sini juga pernah diiktiraf oleh 50 chef yang mengatakan memang sedap ketika Festival Makanan Asia pada tahun 2014. Keaslian dan keenakan masakan di Hameediyah memang tak perlu diragukan lagi. Kari Ayam, Kurma Kambing, Ayam Tandoori memang sedap dan mempunyai rasa yang cukup lengkap. Murtabak ayam dan daging di Hameediyah ini jugak antara menu best-seller. Kedai ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Cara Semak Scammer Online

$
0
0

Cara Semak Scammer Online. Bagaimana cara nak semak akaun scammer online atau lebih tepat lagi peniaga atas talian yang sering menipu pelanggan mereka. Mereka ini sengaja mengambil kesempatan dan berpura-pura menjual barang di mana-mana platform seperti facebook, twitter, instagram, mudah dan lain-lain.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru sahaja melancarkan sebuah portal semakan baru untuk membolehkan orang awam menyemak terlebih dahulu akaun bank peniaga online penipu yang penah dilaporkan kepada Polis.

Mana la tahu akaun penjual tu penah dilaporkan kepada Polis sebagai penipu, ini penting bagi membolehkan orang awam seterusnya tidak menjadi mangsa penipuan peniaga atas talian yang rakus.

Cara Semak Scammer Online



2-Anda boleh semak melalui 2 cara iaitu, dengan memasukkan no akaun bank atau no telefon yang anda nak semak.

3-Klik butang semak maklumat sebelum apa-apa maklumat dipaparkan.

Senang je kan? So berhati-hati lah sebelum membuat belian secara online. Boleh Share Ke Media Sosial Anda?

Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

$
0
0

Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah jam 2:30 petang tadi di Istana Anak Bukit.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un !!!

Al-Fatihah

Sumber : Aduan Rakyat Kedah



Biodata Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

* Diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah.

* Pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah, Kolej Sultan Abdul Hamid, Ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam dari Wadham College, Oxford, United Kingdom.

* Pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957.

* Menaiki takhta pada 15 Julai 1958.

* Ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 1959.

* Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975.

* Permaisuri Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman (mangkat pada 26 Ogos 2003).

* Sultanah Haminah Hamidun (ditabalkan Sultanah pada 9 Januari 2004).

* Dikurniakan tiga orang puteri, Puteri Tunku Soraya, Datuk Seri Diraja Tunku Sarina (kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 1991 pada usia 31 tahun) dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

* Hobi membaca buku dan bermain golf.

Tips Mudah Cara Penjawat Awam Dapat Beli Sampai 6 Buah Rumah

$
0
0

Bila Anda Baca Tajuk Seakan Agak Mustahil Bunyinya. Jemput Baca Perkongsian Menarik Daripada Saudara Harith Faisal

1. Sampai sekarang, saya masih anggap penjawat awam ada unfair advantage untuk beli rumah banyak-banyak berbanding pekerja swasta. Unfair advantage tu adalah dari segi kelulusan bank dan juga kemudahan yang disediakan kerajaan untuk semua penjawat awam.

2. Untuk penjawat awam, kerajaan ada bagi pembiayaan rumah sampai 100% tau melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Maksudnya, kalau nak beli rumah RM500,000 boleh dapat RM500,000 penuh, kalau layak. Tak macam bank, 90% je biasanya.

3. Yang pastinya, penjawat awam bergaji RM3,000 lebih mudah nak beli rumah kalau kita nak bandingkan dengan pekerja swasta yang dapat gaji sama, komitmen yang sama, rekod CCRIS yang sama, harga rumah yang sama, dengan bank yang sama.

4. Tapi, saya konfiden gila yang ramai penjawat awam tak tahu pun pasal benda ni semua. Pasal tu kita boleh baca berita ada sampai 60% penjawat awam masih menyewa atau duduk kuarters dan takda rumah sendiri. Sedih sangat, kan. Tapi itulah realitinya.

5. Benda ni berlaku sebab, bank memang lebih mudah bagi kelulusan untuk beli rumah. Pada masa yang sama, bank juga lebih mudah bagi kelulusan pembiayaan peribadi kat penjawat awam ni. Jadi, buat apa beli rumah cepat-cepat sedangkan ada kuarters kan? Buat apa simpan duit untuk kahwin kalau boleh mohon pembiayaan peribadi, kan?

6. Sentap tak sentap lain cerita. Tapi ramai dah follower saya yang mengaku pasal benda ni, tak kurang juga client 1-on-1 saya yang datang jumpa dengan saya cerita benda yang sama. Jadi, bagi saya benda ni memang valid dan banyak berlaku dalam kalangan penjawat awam.

7. Berbalik pada cerita penjawat awam boleh senang-senang beli 6 buah rumah. Iya! Secara asasnya lebih senanglah berbanding orang kerja swasta macam saya ni. Tapi, janganlah lurus bendul sangat. Aduh! Senang tu bukan maknanya setahun boleh beli 6 buah rumah terus.

8. Kalau tak dapat beli 2-3 buah rumah dalam masa setahun pun takpa. Dapat sebiji setahun pun dah okay sangat. Jangan nak ikut orang lain membabi buta kalau rezab tunai pun baru seciput. Yang penting, kau kena ada perancangan untuk membeli rumah lagi dan lagi.

Okay! Macam mana nak beli 6 rumah?

9. Setiap orang layak untuk dapat Margin of Financing (MOF) sampai 90%-100% untuk rumah pertama dan 90% untuk rumah kedua daripada bank. Bermaksud bank berikan pembiayaan sebanyak 90% daripada harga rumah. Baki lagi 10%, perlu disediakan oleh pembeli sendiri.

10. Tapi, bergantung kat kekuatan kewangan dan skor kredit kaulah. Kalau banyak sangat yang tak okay, mungkin kau dapat 80% je. Bank pun tak berani nak bagi banyak kat kau. Antara sebab tak dapat MOF tinggi:

1. Komitmen tinggi
2. Gaji kecil
3. Simpanan takda
4. CCRIS tak elok
5. CTOS ada rekod buruk
6. Takda rekod CCRIS
7. Penggunaan kad kredit tinggi
8. Rumah master title

11. Tapi, kan. Kalau dah teruk sangat, bukan setakat kau tak dapat MOF tinggi, malah permohonan kau terus masuk bakul sampah. Maksudnya, kalau banker proses pun, memang takkan lulus tak kiralah kau penjawat awam ataupun pekerja swasta.

12. Katakan kau suami isteri adalah pekerja swasta. Kau boleh beli rumah pertama dan kedua dengan mudah sebab dapat MOF yang tinggi iaitu sampai 90%-100% macam yang saya sebut kat perenggan sebelum ni.

13. Bila dah selesai 4 kuota rumah dengan MOF hingga 90%-100%, boleh dah rasa lega. Dua rumah pembiayaan nama suami, dua rumah pembiayaan nama isteri. Jadi, selepas tu kena kerja kuat lagilah untuk beli rumah lain lagi sebab MOF dah jadi 70% untuk rumah ketiga dan seterusnya. Secara asasnya, kau perlu sediakan baki 30% daripada harga rumah dengan duit sendiri.

14. Contoh rumah RM300,000 kau kena sediakan RM300,00x30%=RM90,000. itu baru baki harga rumah. Tak masuk lagi legal fee, valuation fee sekitar 5% kalau benda tu tak capitalized dalam pembiayaan rumah kau.

15. Untungnya kakitangan kerajaan, boleh dapat lagi MOF hingga 100% untuk rumah ketiga dan seterusnya guna manfaat pembiayaan penuh LPPSA. Kalau suami dan isteri kakitangan awam, boleh dapat 6 buah rumah dengan MOF hingga 90%-100%.

Okay, faham?

16. Nak maksimumkan kuota MOF 90%-100% kau? Ini saya tolong ringkaskan.

A) Suami isteri kerja swasta.

Suami
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 70% bank

Isteri
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 70% bank

B) Suami swasta, isteri penjawat awam atau sebaliknya.

Suami
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 70% bank

Isteri
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 100% LPPSA
4. 70% bank

C) Suami isteri penjawat awam.

Suami
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 100% LPPSA
4. 70% bank

Isteri
1. 90% bank
2. 90% bank
3. 100% LPPSA
4. 70% bank

17. Tapi, malangnya ramai kakitangan kerajaan tidak terdedah dengan perkara ini. Ramai yang saya jumpa dah terguna LPPSA untuk membeli rumah pertama. Yang joint loan LPPSA pun ada juga. Rugi!! Ia bukanlah dosa, cuma ada rugi sikit. Tapi kalau kau plan memang nak sebiji rumah tu saja sampai pencen, panduan saya ni tak berguna pun untuk kau.

18. Kalau kau suami isteri penjawat awam, tapi dah terbeli rumah pertama pakai loan LPPSA suami, rumah kedua pakai loan LPPSA isteri, dapat 4 buah rumah sajalah MOF 90%-100%. Tak dapat 6 buah rumah. Dia akan macam ini jadinya nanti:

Suami
1. 100% LPPSA
2. 90% bank
3. 70% bank

Isteri
1. 100% LPPSA
2. 90% bank
3. 70% bank

19. Carilah ilmu kewangan dan ilmu hartanah sebelum membeli rumah pertama. Nak kumpul deposit rumah dengan cara yang cepat pun kena ada ilmunya. Nak tetapkan matlamat pelaburan dan cari rumah yang sesuai pun perlu belajar. Nak uruskan rumah untuk disewakan lagi. Kalau takda ilmu, memang kelam kabut. Banyak rugi daripada untung.

20. Memang banyak untung bekerja sebagai penjawat awam. Itu dapat, ini dapat. Siap CEUPACS selalu back up lagi tu. Semata-mata nak mudahkan kau untuk beli rumah. Tapi kalau tak pandai ambil peluang, takda beza kau dengan pekerja swasta.

21. Ada kawan atau kenalan kau yang berkhidmat di sektor kerajaan? Klik SHARE dan selamatkan mereka. Kau tu dahlah kedekut duit, takkan dapat ilmu FREE macam ni pun kau kedekut nak sebarkan. Haha!

Sumber : Harith Faisal

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah

$
0
0
Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah. Tahukah anda harini ialah hari terakhir dalam tahun 1438 Hijrah? Esok merupakan tahun baru hijrah dalam kalendar islam iaitu 1 Muharam 1438 Hijrah. Esok 22 September 2017 juga diumumkan sebagai cuti umum seluruh negara.

Sebagai umat islam, ada amalan sunat yang wajar kita amalkan mengikut bulan-bulan tertentu dalam kalendar hijrah. Antara amalan pada bulan muharam ialah :

1-Sunat berpuasa pada 1-9hb.

2-10hb sunat puasa hari asyura serta :


  • menyapu kepala anak yatim
  • bersedekah kepada fakir miskin
  • bercelak mata pada waktu malam
  • menambah perbelanjaan keluarga
  • memperbanyakkan bacaan berikut (sekurang-kurang 70 kali)


Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah


Doa Akhir Tahun Hijrah Dibaca selepas solat fardhu asar. Untuk Doa Awal Tahun Hijrah pula di baca selepas solat fardhu maghrib.

Saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1439 kepada yang membaca blog saya :)

Rujukan & Contoh Soalan - Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29

$
0
0
Rujukan & Contoh Soalan - Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29. Tahniah kepada yang mendapat panggilan untuk menduduki peperiksaan online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29. Peperiksaan Online ini akan berlangsung pada Selasa 3 Oktober 2017.

Untuk memeriksa kelayakan anda menduduki peperiksaan online ini, sila pastikan anda sudah mendapat SMS daripada Suruhanan Jaya Perkhidmatan Awam. Selain itu, anda juga boleh menyemak kelayakan anda di website Suruhan Jaya Perkhidmatan Awam Portal SPA.



Semakan Menduduki Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 

Untuk menyemak kelayakan anda sama ada boleh menduduki peperiksaan online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41. Anda boleh lihat DISINI.

Sila masukkan Kad Pengenalan Anda.

Untuk menyemak kelayakan anda sama ada boleh menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A41. Anda boleh lihat DISINI.

Sila masukkan Kad Pengenalan Anda.

Tarikh Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 

Tarikh Peperiksaan : 03 Oktober 2017 (Selasa)

Seksyen A : 08:00 PM - 08:40 PM

Seksyen B : 08:55 PM - 09:40 PM
P.s : Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 akan dijalankan secara serentak dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29. Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41.
P.s.s : Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:40 malam.
Jumlah kekosongan jawatan untuk Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 ialah sebanyak 80.

Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara A41

Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan trafik 'Area Control' di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas.

Tugas Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29

Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan 'Aerodrome/Approach Control' kepada semua juruterbang/pesawat di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya serta mengendalikan data-data operasi untuk kegunaan kawalan trafik udara.

Terdapat 2 seksyen utama dalam Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara

Pecahan Seksyen Peperiksaan adalah seperti di bawah.Disertakan juga Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara sebagai rujukan calon

1. Seksyen A ( Pengetahuan Am Tentang Malaysia dan Dunia )
2. Seksyen B ( Daya menyelesaikan Masalah Matematik )

Contoh Soalan Seksyen A Dan B Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29

Kebiasanyaan dalam Soalan Seksyen A Pengetahuan Am yang terdiri daripada soalan mengenai Negara Malaysia & Alam Sekeliling

CONTOH SOALAN :

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga dikenali sebagai

A. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra
B. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
C. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah
D. Lapangan Terbang Antarabangsa Tengku Ibrahim

Kebiasaanya dalam soalan seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

CONTOH SOALAN :

1. If 16 X 16 X 16 = 8 X 8 X P, then P = ?
A 4
B 8
C 48
D 64

Kenapa anda perlu lulus dalam peperiksaan online ini? ini kerana ia merupakan peringkat saringan pertama sebelum anda di panggil ke peringkat saringan seterusnya.

Berapa ramai yang di panggil untuk menduduki peperiksaan online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 ini?

Mahukah anda jika ada satu panduan rujukan serta contoh soalan untuk lulus cemerlang dalam Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29?



RUJUKAN EXAM ONLINE PEGAWAI & PENOLONG KAWALAN TRAFIK UDARA

Tekan www.wasapwafi.ga untuk dapatkan nya sekarang !!!

Belajar Fb Ads Hanya Dari Rumah

$
0
0

Belajar FB Ads Hanya Dari Rumah? Boleh ke dengan hanya belajar teknik-teknik buat jualan dengan menggunakan laptop sahaja dari rumah anda? sudah ramai penjual barangan atau penjual servis di facebook sekarang sudah menggunakan facebook untuk meningkatkan jualan mereka.

Mungkin anda tiada masa untuk pergi seminar, kelas dan juga tiada modal yang banyak untuk belajar teknik buat jualan dengan FB Ads. Saya syorkan anda baca artikel ini sehingga tamat.

Menurut laporan daripada website amanz dot my, lebih kurang 18 juta rakyat malaysia menggunakan Facebook yang aktif setiap bulan. 94% daripada mereka iaitu 17 juta menggunakan facebook sebagai medium untuk berhubung dengan rakan-rakan melalui peranti mudah alih mereka.

Besarkan jumlah pengguna facebook di Malaysia?

Bagaimana Facebook boleh membantu anda memasarkan produk atau servis anda ke seluruh Malaysia? Saya tahu masih ramai yang menggunakan facebook akaun peribadi untuk mendapatkan jualan. Tapi bagaimana nak bagi semua orang yang berminat dengan produk atau servis kita tahu akan kewujudan produk atau service kita? Rakan-rakan yang boleh ditambah dalam senarai akaun peribadi hanya lah 5,000 rakan. Takkan la hari-hari nak promote produk kita atau servis kita di facebook personal semata-mata.

Selain itu, anda boleh juga memasarkan produk atau servis anda dengan memasuki sesuatu group yang ramai ahli di facebook. Adakah semua orang yang berada dalam group itu berminat dengan produk atau servis kita? tidak semestinya kan.

Tahukah anda, anda boleh buat jualan di facebook dengan menggunakan facebook advertising atau fb ads.

Apa itu FB Ads?


Fb ads adalah alat pemasaran daripada facebook untuk membantu peniaga online memasarkan produk atau servis mereka di facebook. Ianya berbayar minima RM3 sehari sehingga beberibu-ribu ringgit sehari yang mana anda boleh setkan untuk mendapat jumlah pengguna yang ramai dalam sehari.

Nampak besarkan potensi Fb Ads?

Anda boleh tentukan bilangan pengguna yang anda nak capai berdasarkan bajet yang anda mampu bayar.


Untuk Belajar Fb Ads Hanya Dari Rumah, anda hanya memerlukan komputer, laptop, tablet dan smartfon asalkan ada sambungan internet.

Saya syorkan rakan pembaca blog ini untuk menyertai Like Method, satu program pembelajaran Fb Ads di dalam satu group komuniti.

Apa yang anda akan belajar?

Ada 21 video yang terbahagi kepada 3 fasa:

Fasa 1: Pre-Like (8 video) - Fasa paling penting yang ramai peniaga online tak buat. Anda tak ikut, anda tak akan dapat buat jualan di FB sampai bila-bila!

Fasa 2: Like Phase (4 video) - Fasa untuk menarik Likes mencurah-curah dari Facebook. Biarkan Facebook bekerja untuk anda!

Fasa 3: Post-Like Phase (9 video) - Fasa terakhir di dalam Like Method. Anda akan tahu cara nak kurangkan kos iklan anda sehingga 90% dan tingkatkan keuntungan 3 KALI GANDA.

UPDATED : 5 video terbaru

Group ini juga satu-satunya tempat anda belajar online marketing selain FB Ads. Anda boleh belajar copywriting, advertising, sales, tools dan bermacam-macam lagi pada bila-bila masa sahaja.

Satu panduan belajar fb ads lengkap dari A-Z untuk membantu peniaga online meledakkan jualan di facebook.

Klik Link Bawah.


Saya dah join anda bila lagi?

Tingkatkan Jualan Menggunakan Google Adwords

$
0
0

Tingkatkan Jualan Menggunakan Google Adwords. Berapa ramai peniaga di malaysia yang menggunakan google adwords sebagai medium pemasaran mereka? Rasa tak ramai yang pandai menggunakan google adswords berbanding Fb Ads.

Baik. Saya terangkan terlebih dahulu maksud google adwords.

Maksud Google Adwords


Google Adwords adalah sistem atau alat pemasaran pengiklanan di mesin pencarian Google yang biasa disebut sebagai Search Engine Marketing. 

Pengiklan yang menggunakan google adwords akan dicas berdasarkan pay per click atau biaya per klik. Iklan hanya akan dicas jika iklan anda di klik.

Satu lagi, iklan pengiklan akan dicas berdasarkan per seribu impression atau per seribu kali tayangan.


Strategi Permainan Google Adwords

Contoh Pengiklan Yang Target Kata Kunci Kereta Sewa

Strategi permainan untuk mengiklan kan iklan google adwords adalah dengan  menggunakan kata kunci. Kata kunci yang anda target biasa nya akan keluar iklan google  adwords bila pengguna mencari di google berkenaan kata kunci tadi. Contoh kata kunci " kereta sewa " akan muncul la iklan daripada pengiklan di google search.

Ada 2 platform berbeza yang anda boleh gunakan untuk beriklan melalui google adwords. 

A-Google Search - Bila anda menggunakan platform ini, iklan anda akan di jumpai di mesin pencari (google) bila kata kunci.

B-Google Display Network - Iklan anda akan muncul di website/blog yang berada dalam jaringan google display network. Kebiasaanya akan muncul pada website/blog yang yang ada google adsense. Dengan platform ini, ada boleh guna iklan jenis text, image, flash dan video.
Contoh Iklan Guna Google Display Network

Untuk beriklan di google juga, anda boleh menggunakan Keyword Planner untuk buat kajian berkenaan kata kunci yang bersesuaian dengan produk atau servis anda. 

Satu lagi, syarat untuk buat iklan meggunakan google adwords, anda perlu ada akaun gmail. Jika tiada akaun gmail, anda boleh buat dahulu.

Testimoni pembeli gerilla adwords



Video-Video Yang Diajar Dalam Gerilla Adwords



1. Pengenalan - Apa itu Google AdWords

2. Jenis & Penerangan Iklan Adwords

3. Cara Menaikkan Ranking Adwords

4. Keyword Terbaik Untuk Adwords

5. Keyword Modifier

6. Cara Menullis Iklan Search Network

7. Setup Akaun Google AdWords

8. Part I Setup Iklan Search Network

9. Part II Setup Iklan Search Network

10. Cara Optimize Iklan Search Network

11. Part I Setup Iklan Display Network

12. Part II Setup Iklan Display Network

13. Cara Optimize Iklan Display Network

14. Setup Remarketing Tag Dalam Website

15. Setup Conversion Tracking

16. Iklan Video Dalam Youtube

Saya sudah tengok semua-semua video dalam Gerilla Adwords. Kesemua ilmu berkenaan buat iklan google adwords tersangat mudah difahami dan tersangat membantu untuk anda yang masih bergelut dengan cabaran yang besar dengan fb ads.

Dapatkan Panduan Google Adwords dengan diskaun 50% untuk tempoh masa terhad.

5 Pusat Tuisyen Peribadi Terbaik Di Kelantan

$
0
0

5 Pusat Tuisyen Peribadi Terbaik Di Kelantan. Di zaman Industri 4.0, semuanya nak cepat. Revolusi perindustrian keempat pasca ini menyaksikan Internet of Things (IoT) membaik pulih bukan sahaja perniagaan, tetapi hampir semua aspek kehidupan seharian.

Trend ini membuatkan ibu bapa terpaksa bekerja lebih keras, membataskan masa untuk memantau anak-anak di luar mahupun di rumah.  24 jam sehari seolah-olah tidak mencukupi. Manusia kini terpaksa bergerak dengan cepat serta pantas. Semuanya mengejar masa. Natijahnya, ibubapa terpaksa memberikan kepercayaan 100% terhadap guru di sekolah untuk mendidik dan membentuk anak-anak mereka.

Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi di hujung jari, pusat tuisyen atas talian kini tumbuh bagaikan cendawan. Pilihan untuk ibu bapa memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak mereka semakin meluas. Platform seperti blog, laman sesawang, media sosial contohnya Facebook, You Tube dan Instagram kini menjadi tempat pemilik tuisyen mempromosikan tuisyen mereka.

Namun, apa yang nilai tambahan tuisyen ini tawarkan? Mereka menawarkan penjimatan masa dan tenaga kerana tutor atau tenaga pengajar akan bergerak sendiri ke rumah anda tanpa perlu anda menghantar anak anda ke tempat atau premis untuk belajar. Ini menjadikan tuisyen individu pada masa kini adalah satu keperluan, demi untuk memacu kejayaan anak anda pada masa hadapan.

Berikut saya senaraikan Top 5 Tuisyen Individu/Peribadi yang kini telah telah bertapak di Kelantan dan sedang pantas mencipta nama di Kelantan dan di Malaysia secara umumnya.

Jom kita lihat.


1. I-Guide Home Tuition


Tuisyen yang berpangkalan di Ampang, Kuala Lumpur ini semakin membesar. Kini sudah mula bertapak di Kota Bharu, dan melebarkan sayapnya ke Gombak, Shah Alam, Damansara dan Bangi.

Apa yang uniknya mengenai I-Guide Home Tuition adalah sistem mereka yang mesra di mana tutor perlu online sahaja untuk ‘check in’ apabila selesai mengajar. Ini akan memudahkan urusan pembayaran kepada tutor.

Nah, ini link jika anda sebagai ibubapa nak cari tutor dan nak jadi tutor.

2. Tuisyen Individu



Salah satu tuisyen yang paling awal bertapak di Kelantan. Tuisyen ini berpangkalan di Kedai Mulong, Kelantan, Malaysia. Tuisyen ini sudah lama aktif, sejak tahun 2010 lagi. Mempunya Facebook dan Instagram sebagai tempat untuk mencari pelajar dan tutor, pemilik tuisyen ini juga mempunyai blog untuk tujuan pemasaran secara lebih meluas.

Boleh layari blog tuisyen individu untuk mencari info yang menarik

3. Beyond Home Tuition



Salah satu tuisyen yang menggunakan platform atas talian, BHT atau dikenali sebagai Beyond Home Tuition,kini giat membuka cawangan. Antara cawangan yang mendapat permintaan ramai adalah di Kelantan.

Sama juga dengan di atas, tuisyen ini menggunakan laman web sebagai medium untuk interaksi pencarian di antara ibubapa, pelajar dan tutor.

Ini laman web BHT untuk memudahkan anda mencari tutor yang sesuai

4. Rocket Home Tuition


Menggunakan lambang roket sebagai logo, tuisyen ini jelas ingin membantu para pelajar me'rocket'kan prestasi pembelajaran pelajar dengan konsep 'home tuition' . 

Mula bertapak sekitar awal tahun 2016, tuisyen ini aktif mencari ibubapa yang inginkan bimbingan yang bermutu tinggi, tanpa meninggalkan aspek falsafah pendidikan negara.

Seperti kebanyakan tuisyen individu yang lain, tuisyen ini juga aktif meneroka pasaran menggunakan platform atas talian dan giat mencari ibubapa yang mahukan anak mereka belajar di rumah sendiri.

Rocket Home Tuition mempunyai dua laman web yang boleh di akses pada bila-bila masa.

5. The Ngaji


Menggunakan lambang buku sebagai logo rasmi, dengan tulisan yang berkonsepkan minimalis dan simple, The Ngaji terus membawa idea-idea yang segar dalam bidang pendidikan, setanding dengan namanya yang unik. Seperti tuisyen yang lain, The Ngaji menawarkan juga pendaftaran tutor dan pelajar  secara atas talian.

Baru sahaja bertapak sekitar hujung tahun 2016, dengan usia hampir setahun, The Ngaji terus memacu ke hadapan dengan penambahbaikan sistem dalam laman sesawang dari semasa ke semasa.

Berminat nak mendaftar atau inginkan tutor dalam apa jua subjek? Boleh klik link di bawah:

Boleh Hubungi Tuan Fakhri Zainuddin Di Talian 013-596 1659

Lirik Lagu Baby Shark Menarik Perhatian Saya

$
0
0


Lirik Lagu Baby Shark Menarik Perhatian Saya. Lagu versi kanak-kanak ciptaan Pinkfong ini sangat senang dan sedap halwa mendengarnya. Liriknya sangat simple dan mudah untuk di sebut. Jom kita hafal lirik lagu baby shark.

Lirik Lagu Baby Shark




Baby shark, do do, do do do do
Baby shark, do do, do do do do
Baby shark, do do, do do do do
Baby shark
Mama Shark, do do, do do do do
Mama Shark, do do, do do do do
Mama Shark, do do, do do do do
Mama Shark
Papa Shark, do do, do do do do
Papa Shark, do do, do do do do
Papa Shark, do do, do do do do
Papa Shark
Grandma Shark, do do, do do do do
Grandma Shark, do do, do do do do
Grandma Shark, do do, do do do do
Grandma Shark
Surfer Dude, do do, do do do do
Surfer Dude, do do, do do do do
Surfer Dude, do do, do do do do
Surfer Dude
Went for a Swim, do do, do do do do
Went for a Swim, do do, do do do do
Went for a Swim, do do, do do do do
Went for a Swim
Lost a Leg, do do, do do do do
Lost a Leg, do do, do do do do
Lost a Leg, do do, do do do do
Lost a Leg
Lost an Arm, do do, do do do do
Lost an Arm, do do, do do do do
Lost an Arm, do do, do do do do
Lost an Arm
911, do do, do do do do
911, do do, do do do do
911, do do, do do do do
911
CPR, do do, do do do do
CPR, do do, do do do do
CPR, do do, do do do do
CPR
It's not working, do do, do do do do
It's not working, do do, do do do do
It's not working, do do, do do do do
It's not working
Reincarnation, do do, do do do do
Reincarnation, do do, do do do do
Reincarnation, do do, do do do do
Reincarnation
As a Baby Shark, do do, do do do do
As a Baby Shark, do do, do do do do
As a Baby Shark, do do, do do do do
As a Baby Shark
Mama Shark, do do, do do do do
Mama Shark, do do, do do do do
Mama Shark, do do, do do do do
Mama Shark
Papa Shark, do do, do do do do
Papa Shark, do do, do do do do
Papa Shark, do do, do do do do
Papa Shark
Grandma Shark, do do, do do do do
Grandma Shark, do do, do do do do
Grandma Shark, do do, do do do do
Grandma Shark
That's the End, do do, do do do do
That's the End, do do, do do do do
That's the End, do do, do do do do
That's the End


Download sini ya lagu Baby Shark dalam bentuk mp3. ==> BABY SHARK MP3

Cara Renew Roadtax & Insurans Kereta Secara Online

$
0
0

Bagaimana Cara Renew Roadtax & Insurans Kereta Secara Online?  Saya yakin ramai lagi kurang faham nak renew roadtax & insurans kereta masing-masing. Sebenarnya ada cara mudah untuk mereka yang tiada masa nak perbaharui cukai jalan(roadtax) dan insurans kenderaan.

Syarikat HR Sure Auto ada menawarkan cara pantas perbaharui cukai jalan(roadtax) dan insurans kenderaan secara online sahaja. Tuan Hafiz Rumi yang juga pemilik syarikat HR Sure Auto merupakan agen insurans yang berdaftar dengan Allianz General Insurans dan juga agen MyEG.

CARA MUDAH SEMAK HARGA PREMIUM:

JUMLAH DIINSURANKAN jarak CC jarak NCD hantar ke 016-972 1003
(Contoh: 50k 1.5cc 55% hantar ke 016-972 1003)

Kenapa Perlu Renew Roadtax & Insurans Kereta Dengan HR Sure Auto


  • Menjimatkan masa tanpa perlu mengambil cuti semata-mata untuk urusan di bank & JPJ.
  • Menjimatkan tenaga menempuh kesesakan di jalan raya.
  • Menjimatkan wang dari kos-kos sampingan seperti bayar parking dan petrol.
  • Mengelakkan stress untuk menunggu no giliran di pejabat POS & JPJ.
  • Mengelakkan bosan menunggu di bank untuk mendapatkan geran.
  • Penghantaran Roadtax secara PERCUMA melalui MYEG terus ke alamat anda.
  • Boleh berjimat (Quotation / perkiraan PERCUMA mengikut bajet yang anda ada.

Cara Renew Roadtax & Insurans Kereta Secara Online

1-Tangkap gambar geran kereta anda (depan & Belakang) atau Polisi Insuran tahun sebelum.

2-Hantarkan gambar tadi terus ke www.wasapsaya.info untuk pertanyaan harga.

3-Maklumat yang anda sediakan kami proses di dalam sistem Insuran. Penerangan lanjut tentang manfaat Insuran dan proses pembayaran.

4-Selepas proses pembayaran dibuat, penghantaran pengeposan akan di buat pada hari yang sama. Roadtax dan Polisi Insuran akan sampai terus ke rumah/pejabat anda.

P/s : UNTUK MOTORSIKAL kami hanya Boleh Renew Insuran Sahaja Kerana untuk Renew Roadtax Motorsikal memerlukan GERAN ORIGINAL.


Alamat Sure HR Auto
No 39, Bazar MPS Greenwood
68100, Batu Caves Selangor.

Whatsapp ==> www.wasapsaya.info

Tak susah sebenarnya. Mudah sangat-sangat caranya.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 2017

$
0
0

Gegar Vaganza musim keempat bakal menemui penonton di Astro Ria & Ria HD bermula 29 Oktober 2017. Mesti ramai nak tahu Senarai Peserta Gegaz Vaganza 2017. Siaran Gegar Vaganza musim 4 akan di bawakan secara lansung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil.

Gegar Vaganza ialah sebuah program realiti terbitan Astro yang menyaksikan 12 penyanyi professional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian.

Gegar Vaganza 4 (GV4) kali ini membawa konsep "nusantara" pada musim ini. Dua artis undangan, Ferhad (Singapura) dan Firman Siagan (Indonesia) untuk sama-sama memeriahkan program GV4 kali ini. GV4 akan berlansung selama  minggu 8 minggu dan bermula pada jam 9.00 PM.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 2017

Peserta Lelaki

1. AQASHA
2. FERHAD
3. FIRMAN
4. HAZAMI
5. LAN KRISTAL
6. TIA JINBARA

Peserta Wanita

1. AISHAH
2. ELYANA
3. LIZA HANIM
4. RAJA AZURA
5. SYURA
6. HAIDA

Pengacara Gegar Vaganza 4

  • Nabil Ahmad
  • Jihan Muse

Pengkritik Tetap Gegar Vaganza 4

  • Dato' Ramli MS

Waktu Siaran Gegar Vaganza 4

Masa : 9.00PM

Bermula : Ahad (29 Oktober 2017)

Saluran : Astro Ria(104) & Ria HD(123)

Hadiah Gegar Vaganza 4


RM100,000 - JUARA
RM50,000 - NAIB JUARA
RM30,000 - KETIGA
RM20,000 - KEEMPAT
RM15,000 - KELIMA
RM10,000 - KEENAM



Senarai Juara Gegar Vaganza


GV1 2014 - Ayai (Ilusi)

GV2 2015 - Siti Nordiana

GV3 2016 - Azharina


GV4 2017 bakal menjadi milik siapa???

Bina Ayat Iklan Power Dengan Software FB Copywriting Generator

$
0
0

Bina Ayat Iklan Power Dengan Software FB Copywriting Generator. Berapa ramai pemain FB Ads yang ketandusan idea bila nak tulis ayat jualan? Saya percaya ramai yang buntu sambil hentak kepala di dinding sebab tak idea nak tulis ayat jualan berstruktur.

Kadang-kadang nak tulis ayat jualan yang mampu menarik perhatian orang untuk singgah di post iklan ada ni susah. Kadang ayat yang di tulis macam syok sendiri je. Hahaha. Apa yang kita tulis pun orang rasa tak tertarik.

Kini, semua itu dah tak jadi masalah pada peniaga online nak tulis ayat jualan power.

Berita baik untuk peniaga online yang selalu kering idea nak tulis ayat jualan di facebook. Tuan Raja Kamil ada perkenalkan satu software untuk menjana ayat jualan/copywriting yang bersruktur yang di kenali sebagai Software FB Copywriting Generator.

Apa yang bagus dengan Software FB Copywriting Generator ini?

Bila guna software ini, dengan hanya sekali kerja anda dapat hasilkan 5 ayat jualan/copywriting yang berlainan versi.


Bina Ayat Iklan Power Dengan Software FB Copywriting Generator


Tengok video di bawah ini.




Cara Nak Guna Senang Je

1-Isi ruang kosong




2-Klik 'Generate'




3-Copy



4-Paste di FB




Nampak tak cara nak gunakan Software FB Copywriting Generator ni??? cukup-cukup senang satu kali kerja anda dah buat 5 set iklan untuk iklan fb ads sambil kunyah kuaci.

Macam mana? memudahkan kerja kan???

Saya syorkan anda terus klik sini Software FB Copywriting Generator

Harga Asal Software Ni, RM100.

Ada diskaun special menanti anda jika anda buat pembelian dalam tempoh berikut.

  • rk50 - Potongan RM50, sah sehingga 12 Oktober , 11:59 Malam
  • rk40 - Potongan RM40, sah sehingga 15 Oktober , 11:59 malam
  • rk30 - Potongan RM30, sah sehingga 18 Oktober , 11:59 malam
  • rk20 - Potongan RM20, sah sehingga 31 Disember, 11:59 malam

Ni saya cuba masukkan diskaunnya.

Ok.

Saya doakan anda di permudahkan urusan semasa buat ayat jualan dengan Software FB Copywriting Generator ini. Hehehe.

Apa tujuan bangun di awal pagi?

$
0
0

Ini antara soalan terbesar selain nak pergi makan di mana. Kalau kau tak ada tujuan, kau takkan bangun awal. Tengah hari sikit baru kau bangun.
Tapi, kalau kau tak dapat jawab. Konsep 'ikigai' mungkin dapat membantu.
Konsep ini berasal dari Jepun, dan ia semakin popular juga di luar Jepun.
Tak ada terjemahan secara langsung bagi menampung maksud 'ikigai'.
'Ikigai' adalah gabungan bagi perkataan 'ikiru' yang bermaksud 'untuk hidup' dan 'kai' bermaksud 'pencerahan impian seseorang'. Gabungan dua perkataan ini memberikan maksud 'tujuan hidup' (a reason to live).
Perkataan 'gai' berasal dari 'kai' yang juga mempunyai maksud 'cengkerang'. Pemaknaan ini sangat bermakna ketikan era Heian (794M - 1185M).
Akihiro Hasegawa, Prof. Madya dari Toyo Eiwa University menyatakan 'gai' itu bermaksud memberikan maksud pada 'nilai hidup' (Sense of value in living).
Untuk mencari tujuan hidup, pakar mengesyorkan 4 pertanyaan berikut,
1. Apa yang kau cintai?
2. Apa yang kau pandai buat?
3. Apa yang dunia perlukan daripada kau?
4. Macam mana kau dapat dibayar?
Mencari jawapan dan keseimbangan antara 4 faktor adalah jalan menuju ke 'ikigai'.
Di Jepun, konsep 'ikigai' adalah proses yang perlahan dan selalunya tidak berkaitan dengan pekerjaan dan pendapatan.
Pada tahun 2010, bancian ke atas 2,000 orang Jepun dilakukan. Cuma 31% saja yang menjadikan pekerjaan mereka sebagai 'ikigai'.
Gordon Matthews, Profesor antropologi dari Chinese University of Hong Kong menyatakan, 'ikigai' dapat difahami dengan dua lagi konsep lain orang Jepun.
Iaitu 'ittaikan dan 'jiko jitsugen'.
'Ittaikan' merujuk pada 'maksud kesatuan pada komitmen, kumpulan atau peranan'.
'Jiko jitsugen' pula bermaksud 'pencerahan diri'.
Matthews kata, 'ikigai' akan memandu ke arah hidup yang lebih baik sebab kau ada sesuatu untuk hidup.
Sumber : World Economic Forum, Zamir Mohyedin

Rujukan & Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017

$
0
0
Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Rujukan & Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017. Tahniah diucapkan kepada mereka yang di panggil untuk menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Peperiksaan ini akan diadakan secara online untuk calon yang layak pada 3 november 2017 ini.

Sebelum itu, untuk memastikan anda calon yang layak menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini, sila pastikan anda menerima mesej melalui SMS. Jika tidak, sila semak terlebih dahulu menerusi pautan ini, http://e-semakanntt.spa.gov.my/.


Makluman Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dipomatik M41


PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

Tarikh Peperiksaan : 3 November 2017 (Jumaat)

Masa : 8:00 PM - 8:40 PM

PERHATIAN :

Calon yang hamil dan mempunyai masalah kesihatan kronik TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Ini adalah kerana calon-calon yang lulus peperiksaan online sahaja akan dipanggil menduduki Ujian Kecergasan dan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang dijangka bermula pada Januari 2018. Program UKJK ini mengandungi aktiviti lasak yang tidak bersesuaian dan boleh mendatangkan risiko yang besar kepada calon-calon tersebut.

Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan yang berlangsung akan dipaparkan di Portal SPA dan Laman Facebook SPA di www.facebook.com/Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA semasa peperiksaan dijalankan. Kedua-dua pautan ini boleh diakses walaupun tanpa akaun yang aktif. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!

P/s : Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:40 malam.

Untuk menerima apa-apa hebahan berkenaan Peperiksaan Online ini, sila join channel telegram berikut ==> t.me/calonexamptd17

Kami akan memberikan update terkini tentang skop exam PTD Nov 2017.

Maklumat Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41


Tugas : Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Syarat Lantikan 


1-ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau

2-ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau

3-ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48); dan

4-lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan

5-hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

Ok.

Kita Terus Tengok Format & Contoh Soalan

Format Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41


Soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada tahun 2017 mengadungi dua seksyen iaitu:

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am ( 40 Minit )
(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah ( 45 Minit )

Exam PTD M41 – Seksyen A

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran anda terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.

Anda semestinya perlu mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.


Exam PTD akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik.

Anda mesti mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini. Antara perkara yang kerap ditanya ialah berkenaan GTP, NKRA dan banyak lagi.


Soalan Peperiksaan PTD – Seksyen A


1. Antara negara ASEAN berikut manakah yang masih belum melaksanakan GST?
A ) Laos
B ) Filipina
C ) Vietnam
D ) Myanmar

2. Badan yang menjalankan kuasa eksekutif dan bertindak sebagai badan penyelaras utama di peringkat negeri ialah  
A ) Menteri Besar.
B ) Ketua Menteri.
C ) Majlis Mesyuarat Kerajaan.
D ) Setiausaha Kerajaan Negeri.

3. Pilih agensi yang bukan di bawah tanggungjawab KPDNKK
A ) Bank Rakyat.
B ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
C ) Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
D ) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.

4. Negeri manakah yang menjadi tempat pendaratan pertama di Tanah Melayu oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua?
A ) Perlis.
B ) Perak.
C ) Kedah.
D ) Kelantan

5. Pusat Sehenti Usahawan Wilayah diwujudkan untuk membolehkan usahawan mendapat sokongan dan bantuan di bawah satu bumbung. Antara berikut yang manakah Organisasi Pembangunan Usahawan (EDO) dan Organisasi Pembangunan Industri (IDO) yang ditempatkan di pusat sehenti ini?
I . Majlis Amanah Rakyat
II . SME Bank
III . Bank Rakyat
IV . Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV



Tips Soalan Favourite Exam PTD 2017


  • TN50
  • Economic Transformation Program
  • NKRA - National Key RA
  • Bidang Keberhasilan Utama Negara
  • Government Transformation Program
  • Focus pasal perundangan and pentadbiran
  • Revolusi Industri 4.0
  • Sukan SEA @ Paralimpik 2017


Exam PTD – Seksyen B

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Dalam bahagian ini anda di kehendaki menyelesaikan contoh soalan exam PTD yang dikemukakan menggunakan;

1-Kemahiran Logik

Dalam seksyen kemahiran logik exam ptd ini, gunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan permasalahan yang diberi.

2- Kemahiran Menginterpretasi Data

Anda diberi beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan soalan exam ptd dikemukakan.

Anda boleh mengunakan graf, jadual dan sebagainya agar mudah untuk calon memberi jawapan.

3-Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik.

Proses penyelesaian masalah bagi exam PTD M41 tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat SPM.

Soalan Exam Pegawai Tadbir & Diplomatik M41 – Seksyen B


Untuk dapatkan contoh soalan, tips, rujukan, perkongsian pengalaman sesama calon Pegawai Tadbir Diplomatik, Saya syorkan anda untuk join group telegram ini.

GROUP TELEGRAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK 2017 ==> t.me/calonexamptd17

Saya harap anda akan dapat panduan yang betul untuk menghadapi peperiksaan online yang di jadualkan pada 3 November 2017 ini serta berjaya lulus dengan jayanya. Amin Inshallah.

Rujukan Exam Online PTD 2017

 Rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik Edisi Oktober 2017 ==> Beli Di Sini

Penafian

Blog Wafi Jamaluddin tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Blog Wafi Jamaluddin hanya menyediakan bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan BUKAN SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.

Live Streaming Final Super Spontan Superstar 2017

$
0
0


Malam ini bakal berlangsung Final Super Spontan Superstar untuk 2017. Jika musim lepas Juara Super Spontan di menangi oleh Johan, musim ini siapa plak bakal pemenangnya ? adakah Fad, Shahrol, Mamak, Kamal, Ozlyn, Achey, Syuk dan Syarif bakal juara untuk musim 2017?

Juara Super Spontan bakal membawa pulang wang tunai RM100,000.


Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2017


King Musang 
● Shuib Sepahtu
● Amy Mastura
● Zulin Aziz
● Atu Zero
● Fad Bocey
● Kamal Adli
● Shuk Joras
● Fikri Ibrahim

Tenggiling Taiko
● Sharif Zero
● Achey Bocey
● Mamak Puteh
● Rahim Joras
● Shahrol Shiro
● Danial Zaini
● Ozzyln Watie





Berikut Senarai Peserta Finalis Super Spontan Superstar 2017


  • Fad
  • Shahrol
  • Mamak
  • Kamal Adli
  • Ozlyn
  • Achey
  • Syuk
  • Syarif


Live Streaming Final Super Spontan Superstar 2017


Tarikh : 27 Oktober 2017

Masa : 9 Malam

Link : Akan Di Kemas Kini Menjelang Siaran Langsung

Undian Online SuperSpontan Superstar 2017


Undian online & sms dibuka bermula sekarang


1. Log Masuk Facebook

2. Anda hanya boleh mengundi satu undian setiap hari

3. Undian online & sms dibuka bermula sekarang


UNDIAN SECARA SMS

SMS: Taip SS < jarak > <Nama Peserta>atau SS<3/5/10/20 > <jarak> <Nama Peserta> untuk (3/5/10/20 undian) ke 32777 ; Contoh : SS10 <ABAM> ke 32777. Kadar premium untuk setiap

undian: = RM0.53 (t'masuk GST). Kadar telco tertakluk. Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

Sapa plak ya bakal pemenang Super Spontan Superstar 2017? hahaha...

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Jadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

$
0
0
Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Jadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Untuk mereka yang dapat panggilan untuk mnduduki exam online PTD pada malam ini, baca tips daripada saudara Ayman Rashdan Wong ini. Ia mungkin tips yang berguna untuk anda menyiapkan diri sebelum menduduki exam online.


Ramai yang akan menduduki exam online PTD lusa. Selaku PTD paling dibenci di Malaysia, tentulah saya menerima banyak mesej inbox bertanyakan tips untuk menghadapi exam dan prosedur menjadi seorang PTD.

Saya tak larat nak jawab satu-satu, jadi post ini dibuat sebagai rujukan bagi mereka yang sudah bertanya, baru bertanya atau malu bertanya.

Nak jadi PTD kena melalui 4 peringkat:

(1) Peperiksaan Online

Untuk exam ni tiada tips sangat. Yang penting anda ada kabel kuat. Maksud saya, kabel internet yang stabil supaya anda dapat menjawab dengan tenang dan yakin. Jangan lupa bayar bil WiFi, dan kalau nak jawab kat kafe siber pilihlah yang ada strong connection, contohnya CC yang ada ramai orang main DOTA. Kalau kabel tak kuat, naya wey kang jawab separuh terputus line.

Exam online ni ada 2 seksyen. Soalannya umum saja, tak perlu membazir duit beli panduan dan pakej rujukan exam online PTD yang harganya cecah RM40 tu.

Seksyen A adalah pengetahuan am, kena jawab 50 soalan dalam 40 minit. Soalannya lebih kurang macam subjek Pengajian Am atau Pengajian Malaysia. Kena tahu serba sedikit tentang dasar dan program kerajaan (NEM, TN50, RMK11, DSTIN, Dasar Teknologi Hijau, Pelan Pembangunan Pendidikan, Visit Malaysia Year, NBOS, DFTZ dan lain-lain), fungsi dan peranan komponen kerajaan (bidang kuasa kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, jenis dan fungsi mahkamah, fungsi parlimen dan lain-lain), pengetahuan hubungan antarabangsa (negara mana pengerusi ASEAN tahun ni, bila Malaysia menganjurkan CHOGM dan APEC, apa itu CEDAW, apa itu UNFCCC dan lain-lain) dan isu-isu semasa.

Jangan ingat nak Google nanti, anda tak akan ada masa punya. Kalau anda jenis rajin membaca berita nasional, insya Allah selamat.

Seksyen 2 pasal penyelesaian masalah, atau soalan logik dan matematik. Jangan risau, tak ada soalan pasal algebra atau trigonometric functions. Soalannya lebih kepada "Faysal ada 10,000 buku, beliau jual 5,000 buku dan beli balik 1/4 daripada 1/50 buku-buku tersebut, berapa banyak buku yang beliau miliki sekarang?"

Soalan tak susah, tapi masa nak jawab suntuk, kena jawab 40 soalan dalam 45 minit. Kalau rasa soalan susah, skip dulu, lepas selesaikan yang lain baru patah balik.

(2) Programme Assessment Centre (PAC)

Sekiranya berjaya dalam exam, dalam masa 2-3 bulan anda akan dipanggil untuk menghadiri PAC selama 2 hari. Anda akan disaring berdasarkan kebolehan pengucapan awam, debat, kualiti kepimpinan dan kecerdasan fizikal. Banyak kerja kumpulan, tapi jangan sebab nak tunjuk leader punya pasal anda jadi kiasu. Selalunya penilai lebih suka orang yang matang dan moderate, bukan jenis pandai tapi gila kuasa dan poyo.

Ujian fizikal termasuk larian 2.4 km dalam 12-15 minit. Kalau anda fit boleh je habiskan dalam 5 minit. Jaga BMI, kalau anda jenis overweight silalah berdiet dan workout mulai sekarang.

(3) Temu Duga

Kalau anda melepasi PAC, maka sampailah peringkat interview. Interview untuk apa-apa kerja prinsipnya sama saja, jadi pandai-pandailah nak jawab dan impress. Soalan tak lari daripada pengalaman kerja dan kenapa nak jadi PTD. Cara duduk, cara letak beg, cara bagi resume, gaya masuk bilik temu duga semua dia orang tengok. Jadi silalah belajar cara menutup pintu tanpa sebarang bunyi dan cara duduk yang tegak dan segak.

Kekadang dia test knowledge juga. Waktu saya ditemu duga (awal 2013) panel tanya pandangan saya pasal pelantikan semula Obama dan kesannya terhadap Malaysia. Apa lagi, saya kasi tapau lah.

(4) Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPPA)

Kalau berjaya dalam temu duga, maka anda akan diterima sebagai kadet PTD, belum jadi PTD lagi. Anda perlu mengikuti kursus DPPA selama 10-12 bulan di satu tempat misteri bernama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Di INTAN anda akan didedahkan kepada selok-belok perkhidmatan awam, dari kewangan, sumber manusia, ekonomi, diplomasi, keselamatan, pembangunan, pengurusan projek hingga ke pengurusan majlis dan protokol, anda akan diajar dan diuji.

Dan ada juga modul luar seperti polis, tentera, bomba, program anak angkat, Outward Bound School dan lain-lain. Tentera? Polis? Kenapa dahsyat sangat? Tujuannya memang adalah untuk torture anda, supaya anda boleh buang ego diri tu jauh-jauh dan juga untuk buat anda tahan lasak dan tahan stress, dan pada masa yang sama untuk membentuk disiplin anda dan membina empati anda terhadap pasukan beruniform, orang kampung dan lain-lain lapisan masyarakat.

Dan kalau anda tak perform sepanjang kursus, kebarangkalian besar anda tidak akan dilantik sebagai PTD. Namun begitu, janganlah anggap batchmate anda tu sebagai pesaing dan musuh. Penting untuk menjaga silaturrahim sesama lain kerana batchmate ni akan jadi aset penting anda semasa berkhidmat nanti.

(5) Menjadi seorang PTD

Selepas tamat DPPA, barulah anda akan menerima watikah pelantikan dan digelar sebagai seorang PTD. Tak semestinya anda akan ditempatkan di kementerian yang diidamkan. Tak perlu memilih sangat, kerana semua kementerian ada pros and cons dia, dan anda boleh minta tukar kelak.

Itu baru permulaan. Kalau anda masuk perkhidmatan pada umur 25 macam saya ni, jauh lagi perjalanan, ada 35 tahun sebelum bersara. Tapi itu pun kalau anda masih kekal passion dan patience sebagai penjawat awam. Sentiasa ingat apa tujuan asal anda nak jadi PTD agar tidak lost separuh jalan.

Akhir kata, kunci kepada kejayaan ialah virtù dan fortuna. Bertawakal je lah kalau anda dah berusaha. Semoga berjaya.

Nota: ini adalah pandangan peribadi. Untuk maklumat yang lebih sohih dan up-to-date, sila merujuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Gambar, Harga & Spesifikasi Myvi Baru 2018

$
0
0

Gambar, Harga & Spesifikasi Myvi Baru 2018. Pada 9 November 2017, Perodua secara rasminya mengumumkan tempahan untuk model kereta tempatan paling laris di Malaysia iaitu Myvi 2018 sudah mula di buka.

Perodua Myvi Edisi 2018 tampil dengan logo lebih menarik, garang, ciri-ciri futuristik serta keluasan dalaman yang lebih baik untuk pengguna di malaysia.

Mesti ramai ternanti-nanti apa kelebihan serta ciri baru kereta myvi 2018 yang buatkan anda nak beli.

Gambar, Harga & Spesifikasi Myvi Baru 2018

Harga jualan semenanjung bermula RM44,300 sehingga RM55,300 untuk model myvi edisi baru 2018 ini. Manakala Harga jualan untuk Sabah & Sarawak pula bermula RM46,300 sehingga RM57,300 untuk model myvi edisi baru 2018 ini.


Enjin baru ini dikeluarkan di kilang pembuatan Daihatsu Perodua di Negeri Sembilan.

Dikuasakan oleh enjin baru 1.3 liter dan 1.5 liter yang cekap tenaga (EEV) dilengkapi dengan dual VVT-i, model baru ini dilengkapi dengan transmisi manual lima kelajuan untuk varian 1.3 liter atau pilihan untuk kelajuan empat E-AT penghantaran automatik untuk semua varian.

Ciri-ciri keselamatan baru ialah myvi 2018 di lengkapi kamera khas iaitu Advanced Safety Assist (ASA) di depan cermin kereta.

Selain itu, semua enjin 1.5 lengkap dengan 6 beg udara dan sport rim 15, manakala enjin 1.3 terdapat 4 beg udara dan sport rim 14.

Semua model myvi 2018 lengkap dengan ABS dengan EBD serta Vehicle Stability Control (VSC) sebagai ciri standardnya.

Ciri-ciri lain ialah fungsi Follow-Me-Home serta boleh laras, sistem tanpa kunci dengan butang Push Start, nisbah lipatan kerusi belakang 60:40 dan sensor undur serta lampu led baru.

Terdapat 6 pilihan warna untuk pengguna memilih warna kesukaan mereka iaitu hitam granite (varian 1.5L sahaja), hijau peppermint (varian 1.3L sahaja), merah lava, ungu mystical, perak glittering dan putih ivory.









Ringkasan ciri-ciri menarik Myvi 2018 :


- Fungsi kemasukan pintar dengan butang mula/henti enjin untuk semua varian.

- Lampu hadapan LED dengan fungsi Auto-off dan Follow-me-home untuk semua varian.

- Lampu belakang dengan Light Guide untuk semua varian.

- Sistem Henti Melahu (Eco-Idle) untuk varian Myvi 1.3 liter varian G dan Myvi 1.5 liter dan varian H dan AV (Advance).

- Alat pembaca tol terbina dalam untuk Myvi 1.5 liter.

- Kawalan pendingin hawa menggunakan skrin sentuh.

- Rim aloi dwi-tona bersaiz 15-inci untuk Myvi 1.5 liter.

- Rim aloi bersaiz 14-inci untuk Myvi 1.3 liter.

- Skirt depan dan sisi dwi-tona untuk Myvi 1.5 liter.

- Spoiler belakang untuk Myvi 1.5 liter.

- Konfigurasi tempat duduk yang fleksibel (8+1) untuk semua varian.

- Poket sisi untuk kerusi depan untuk semua varian.

- Empat beg udara (depan dan sisi depan) untuk Myvi 1.3 liter.

- Enam beg udara (depan, sisi depan dan tirai) untuk Myvi 1.5 liter.

- Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) adalah standard untuk semua varian.

- Bantuan Pemanduan Selamat (Advance Safety Assist – A.S.A) seperti ciri Pemantauan Titik Buta dan Bantuan Kekal Lorong hanya untuk Myvi 1.5 liter varian AV (Advance).

Tengok Video Pengenalan Perodua Myvi 2018 Ini...

Senarai Lokasi Kamera AES Di Malaysia 2017

$
0
0

Senarai Lokasi Camera AES 2017. Terdapat 21 Lokasi Kamera AES Seluruh Negara Sehingga November 2017. Nak tahu dimana lokasi yang dipasang AES ? AES sebenarnya dipasang di kawasan yang sering terjadi kemalangan. Itu lah sebab kenapa kamera AES di pasang. Hehehe !!!

Sebelum itu biar saya jelaskan makna AES.

Apa Itu AES?


Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Bagaimana AES berfungsi?

1-AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.

2-Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:

  • Tidak mematuhi lampu isyarat
  • Memandu melebihi had laju

3-Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.

4-Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).

5-Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.

Senarai Lokasi Kamera AES Di Malaysia 2017

1-KM 7 Jalan Maharajalela,

2-Teluk Intan, KM 376 Lebuhraya PLUS Slim River,

3-KM 91 Jalan Ipoh - Butterworth di Kerian,

4-KM 85.5 Jalan Ipoh- Kuala Lumpur di Tapah,

5-KM 205.6 Lebuhraya PLUS Taiping Utara,

6-KM 26 Jalan Ipoh- Kuala Kangsar di Sungai Siput,

7-Jalan Pasir Putih, Ipoh,

8-KM 7.7 Sungai Besi,

9-Jalan Persiaran Timur Putrajaya,

10-KM 301.9 Kajang,

11-Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya,

12-KM 6.6 Jalan Kajang/ Puchong,

13-Jalan Klang Lama dan

14-Jalan Ipoh.

7 Lokasi Baru Kamera AES

1-KM 151.4 Lebuhraya Plus - Pagoh, 

2-KM 299.9 Lebuhraya Plus-Kampar, 

3-KM 17 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, 

4-KM 96.3 Lebuhraya Plus -Kuala Muda, 

5-KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Chenih, 

6-KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Chukai dan 

7-KM 146.8 Lebuhraya Plus - Pagoh.

Lampu Isyarat Yang Di Pasang Kamera AES



1-KM 26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar (persimpangan Kampung Kerdah), 

2-Jalan Pasir Putih-Ipoh (persimpangan Jalan Temenggung), 

3-Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (persimpangan Jalan Perhentian, Sentul) dan 

4-Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (persimpangan Jalan Sepadu).

Semoga dengan senarai lokasi kamera AES di seluruh semenanjung Malaysia ini membantu anda mengelakkan daripada di saman. Hehehe.

Live Streaming Gegar Vaganza 4 2017 Minggu Ke 3

$
0
0

Jom saksikan Live Streaming Gegar Vaganza 4 2017 Minggu Ke 3. Siapa bakal Juara Minggu ke 3 konsert gegar vaganza 2017?  Minggu ke 3 bakal menyaksikan persembahan lebih menarik berbanding minggu ke 2. Mari kita saksikan nya.

Senarai Lagu Minggu Ke 3

1. Lagu Untukmu (Meet Uncle Husin) - Liza Hanim
2. Kenangan Bersamamu (Lefthanded) - Haida
3. Joget Kenangan Manis (Sudirman) - Hazami
4. Knock Knock (Elizabeth Tan) - Syura
5. Terukir Di Bintang (Yuna) - Aishah
6. Bila Resah (Anuar Zain) - Tia Jinbara
7. Sayang Sayang (Aliff Aziz) - Lan Kristal
8. Cinta Tak Keruan - (Amigos) - Aqasha
9. Zalikha (Floor 88) - Firman
10. Wulan Merindu (Cici Paramida) - Elyana
11. Perhaps Perhaps Perhaps (The Pussycat Dolls) - Raja Azura

Siapa bakal terkeluar minggu ini? hehehe

Live Streaming Gegar Vaganza 4 2017 Minggu Ke 3

Konsert : Gegar Vaganza 2017 Minggu 3

Tarikh : 12 November 2017

Masa : 9.00PM

Link :
Viewing all 30 articles
Browse latest View live